Jumat, 09 November 2012

Coke Baru sehingga kini

Coke Baru sehingga kini

Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada 1985. Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan selepas pengenalan Coke Baru.
Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga kini.
Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan minumannya. Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman baru itu, dicipta semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi. Banyak ujian rasa buta menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi (yang dipercayai mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan menggunakan vanilin sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan ujian-ujian rasa mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa Coke Baru berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto Goizueta, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.
Peranan presiden Robert W. Woodruff yang lama memegang jawatan syarikat itu adalah tidak jelas. Goizueta mendakwa bahawa Woodruff menyokong penukaran rumusan itu beberapa bulan sebelum kematiannya pada tahun 1985. Ada sebahagian orang mengatakan bahawa oleh sebab hanya dua orang sahaja yang membincangkan perkara itu, Goizueta mungkin salah faham akan keinginan Woodruff kerana Woodruff sewaktu itu hanya dapat menutur dalam kata ekasuku; juga dikatakan bahawa Woodruff mungkin tidak memahami apa yang Goizueta berkata kepadanya.
Kegagalan komersil Coke Baru merupakan tamparan yang besar kepada pengurusan Syarikat Coca-Cola. Kemungkinannya, pelanggan tidak akan sedar akan penukaran rumusan jika ia dibuat secara rahsia ataupun beransur-ansur, dan kesetiaan jenama dapat dipeliharakan. Bagaimanapun, pengurusan Coca-Cola tidak bersedia terhadap sentimen nostalgia bagi orang ramai di Amerika yang dibangkitkan oleh minuman itu. Ada sebahagian orang yang membandingkan penukaran rumusan Coke dengan penulisan semula Perlembagaan Amerika Syarikat.
Rumusan Coca-Cola yang baru mengakibatkan tindak balas yang hebat. Gay Mullins dariSeattle, Washington menubuhkan pertubuhan "Peminum Cola Lama Amerika" ("Old Cola Drinkers of America") dan mencuba mendakwa syarikat serta melobi untuk rumusan Coke Lama dibebaskan kepada domain awam. Bantahan ini dan yang lain menyebabkan syarikat mengembalikan rumusan lama di bawah nama Coca-Cola Klasik pada 10 Julai 1985. Syarikat itu kemudian dituduh melaksanakan kebalikan pendirian sebagai helah yang teliti, iaitu memperkenalkan produk baru sementara menghidupkan minat terhadap produk yang asli. Donald Keough, presiden syarikat sewaktu itu, menjawab tuduhan dengan pengistyharan berikut:
"Sebahagian pengkritik akan mengatakan bahawa Coca-Cola telah membuat kesilapan pemasaran. Sebahagian orang yang sinis pula akan mengatakan bahawa kami merancangkan kesemua perkara ini. Kebenarannya adalah bahawa kami tidak begitu bodoh, dan kami juga tidak begitu bijak."
Sewaktu itu, bahagian pasaran untuk Coke Baru merosot ke hanya 3% menjelang 1986. Pada 1992, syarikat itu menukarkan nama "Coke Baru" kepada "Coke II" (jangan kelirukannya dengan "Coke C2" yang merupakan kola kurang gula yang dilancarkan oleh Coca-Cola pada tahun 2004). Bagaimanapun, kemerosotan jualan mengakibatkan pengurangan pengedaran. Sesampai 1998, produk itu cuma dijual di beberapa tempat di Tengah Barat Amerika Syarikat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar