Jumat, 09 November 2012

Daya tarikan antarabangsa

Daya tarikan antarabangsa

Coca-Cola merupakan jualan minuman bergas yang terlaris di kebanyakan negara. Bagaimanapun, terdapat beberapa tempat seperti negeri New York, Amerika Syarikat di mana Pepsi mendahului Coke dalam pasaran; Texas, Amerika Syarikat di Dr. Pepper merupakan minuman bergas yang nombor satu; dan di Quebec, Newfoundland dan Labrador, serta Pulau Prince Edward di Kanada, di mana Pepsi merupakan ketua pasaran.
Di Peru, Inca Kola yang merupakan "minuman negara" (dikeluarkan secara berasingan sehingga 1999, apabila Coca-Cola memperoleh Corporación Inca Kola del Perú S.A., iaitu syarikat Peru yang mengeluarkannya) adalah yang terpopular.[15]   Di Sweden, meskipun Coca-Cola berusaha dalam pemasaran yang berorientasi musim cuti, jualan Julmust adalah lebih laris daripada Coca-Cola pada musim Krismas.[16] Sebaliknya, di Scotland di mana Irn-Bru yang merupakan pengeluaran tempatan adalah terpopular pada suatu masa, angka-angka 2005 menunjukkan bahawa kedua-dua Coca-Cola serta Coke Diet kini adalah lebih laris berbanding dengan Irn-Bru.[17]
Adalah sering diulangi sebagai legenda bandar bahawa Coca-Cola silap menterjemahkan nama produknya dalam bahasa Cina menjadi "Gigit berudu lilin". Sebenarnya, sebahagian pekedai Cina menterjemahkan nama produk itu dalam papan tanda mereka menjadi kǒukē-kǒulà (口蝌口蜡) supaya bunyinya lebih serupa dengan "Coca-Cola"; makna harfiahnya "berudu mulut, lilin mulut". Bagaimanapun, syarikat Coca-Cola tidak pernah mengamalkan terjemahan tersebut. Selepas mengkaji semula kesemua kemungkinan yang berbunyi hampir-hampir sama dengan "Coca Cola", syarikat itu dengan rasminya mengamalkan kěkǒu-kělè (可口可乐) yang bermakna "sedap dan ria".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar