Jumat, 09 November 2012

Amalan perniagaan

Amalan perniagaan

Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Kritikan
Sebagai penjual minuman bergas yang terbesar di dunia, termasuk kemegahannya, minuman Coca-Cola, Syarikat Coca-Cola telah dikritik untuk sesebahagian langkah korporat seperti:
  • amalan monopoli
  • piawai kesihatan yang rendah
  • amalan penggajian perkauman
  • penswastaan bekalan air
  • penganiayaan hak-hak pekerja, termasuknya pembunuhan ahli-ahli kesatuan pekerja.
Terdapatnya banyak kritikan terhadap produk-produk syarikat dan amalan perniagaannya:
  • Beberapa universiti di Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Ireland memulaukan produk Coca-Cola kerana rasa bimbang terhadap penganiayaan hak asasi manusia Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman Syarikat Coca-Cola.
  • Di India, perbadanan ini telah membangkitkan beberapa pemulauan dan bantahan disebabkan oleh piawai kesihatan yang dianggap rendah serta kesan yang buruk kepada alam sekitar. [11]
  • Di Colombia, syarikat itu telah dituduh oleh kesatuan pekerja Columbia, SINALTRAINAL, untuk pencabulan hak-hak asasi manusia. Khususnya, Syarikat Coca-Cola dan pembotol-pembotolnya telah dituduh kerana mengarahkan ataupun mentoleransi ancaman separa tentera terhadap pekerja-pekerja semata-mata untuk menghalang mereka daripada menubuhkan kesatuan pekerja. Beberapa pemimpin yang mencuba penubuhan kesatuan telah dibunuh. Dengan bantuan "Pekerja-pekerja Kilang Keluli Bersatu Amerika" ("United Steelworkers of America"), SINALTRAINAL mengambil tindakan mahkamah pada tahun 2001. Pada April 2003 Hakim Daerah Jose E Martinez di Miami tidak memasukkan Syarikat Coca-Cola Company dan unit Colombianya dalam kes tersebut kerana perjanjian pembotolannya tidak memberikannya "kawalan yang eksplisit" terhadap persoalan buruh di Columbia; dengan pendek kata, Syarikat Coca-Cola telah digugurkan untuk kes tersebut.[12]  Tindakan mahkamah masih berlangsung terhadap pembotol-pembotol Panamco dan Bebidas y Alimentos. [13]) [14]:(Untuk maklumat lanjut mengenai pemulauan SINATRAINAL berikutan pengguguran Syarikat Coca-Cola, sila lihat bahagian #Sebagai lambang politik dan korporat.)
Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Pujian
Sumbangan perniagaaan Coca Cola yang positif selepas sesebahagian kritikan termasuk:
  • Mempromosikan Kepelbagaian:: Anugerah-anugerahnya termasuk "50 Syarikat Yang Terbaik untuk Kaum Minoriti" oleh Majalah Fortune pada tahun 2004 dan ""50 Syarikat Yang Terbaik untuk Kaum Latina Bekerja di Amerika Syarikat" oleh Latina Style pada tahun 2004. Coca-Cola membekalkan rakan kongsi tempatan faedah kesihatan dan polisi nyah diskriminasinya merangkumi orientasi seksual.
  • HIV/AIDS di Afrika: Coca-Cola akan membelanjakan sehingga AS$6 juta setahun untuk membiayai rawatan HIV/AIDS untuk orang Afrika yang bekerja dalam sistem pembotolan syarikatnya. Sistem ini menggajikan sebanyak 58,000 orang di Afrika; Coca Cola Afrika mempunyai peruntukan sebanyak AS$50 juta untuk membiayai rancangan-rancangan HIV/AIDS.
  • Pendermaan: Syarikat Coca-Cola dan rakan-rakan kongsi pembotolannya menyumbang 30 juta botol minuman 8-auns kepada mangsa-mangsa Hurikan Katrina, mendermakan AS$$10 juta untuk membantukan mangsa-mangsa tsunami di Asia, dan selepas serangan pengganas "September 11", menguntukkan AS$12 juta untuk tabung bantuan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar