Jumat, 09 November 2012

India dan bahan-bahan

India dan bahan-bahan
Para pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di tempat lain seperti India kerana tertimbulnya sangsi mengenai taraf kesihatan minumannya. Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ini bercanggah dengan data bahagian pasaran. Umpamanya, bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.[5]
Pada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment") (CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Delhi telah mengatakan bahawa minuman bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa Coca-Cola dan Pepsico, mengandungi toksin yang merangkumi lindana, DDT, malation dan klorfirifosa, iaitu racun perosak yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven Up, Mirinda, Fanta, Thums Up, Limca, dan Sprite.
CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah; Coca Cola mempunyai 30 kali. CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid.
Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun. Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun 2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks seumpama air soda.
David Cox, pengarah komunikasi Coke Asia yang berasas di Hong Kong, menuduh Sunita Narain, pengarah CSE kerana "merampas jenama" melalui penggunaan jenama Coke untuk menarik perhatian kepada kempennya yang menentang pestisid. Narain mengatakan bahawa kajian sisa-sisa pestisid CSE di dalam minuman bergas merupakan susulan yang biasa untuk kajiannya mengenai air botol.[6]
Pada tahun 2004, Coca-Cola telah digunakan sebagai pestisid untuk secara uji kaji oleh petani-petani India di Andhra Pradesh.[7] Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan sebagai daya penarik publisiti oleh penindak-penindak cergas tempatan dan petani-petani.[8]
Jualan Coca-Cola merosot sebanyak 15 peratus selepas dakwaan pestisid dibuat pada tahun 2003. Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman bergas sebanyak 95% di India.[9]
Sila lihat bahagian Amalan perniagaan untuk perbincangan mengenai kesan-kesan kepada persekitaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar