Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatidae adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.
Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti
ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang
yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang
kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang
diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali
sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang
menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk
seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam
pemangsa.
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein
yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar
degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.
Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia
dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk
mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi
Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari
amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa
manusia."
Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya
air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk
menyengat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar